Skip to main content

Berita: AGIHAN BUBUR LAMBUK BERSAMA MAGGI 2026

  • -

    9 MAC 2026: Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Maggi telah diadakan pada 6 Mac 2026 (Jumaat) bersamaan 16 Ramadan 1447H, bertempat di Pekarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan sempena bulan Ramadan hasil kerjasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Nestle Products Sdn. Bhd., yang bertujuan menyantuni warga bandar raya serta mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan sektor korporat melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Dalam program ini, pihak Nestle Products Sdn. Bhd. telah menyediakan sebanyak 1,200 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan DBKK serta orang awam yang berada di sekitar kawasan Ibu Pejabat DBKK.

    Program ini turut memberi peluang kepada warga kerja DBKK untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kebersamaan, selain menghayati keberkatan bulan Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan perkongsian rezeki.

    Hadir dalam program ini Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu; Encik Tan Wallace Welliam, Operation Manager Nestle Products Sdn. Bhd. (Sabah Region); Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai serta kakitangan DBKK.

    Pengagihan bubur lambuk ini bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan DBKK untuk bersama-sama menghayati keberkatan bulan Ramadan, malah turut membuka ruang kepada orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk merasai kemeriahan program ini.

    Orang awam yang hadir juga berpeluang menerima bubur lambuk yang telah disediakan, sekali gus berkongsi rezeki serta menikmati sumbangan yang diagihkan dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan sempena bulan Ramadan yang mulia.

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Unit Penerangan, Pejabat Mayor DBKK
    Bella Berhaman
    Pegawai Penerangan

    Mohd. Asruddey Rusli
    Jurugambar