Skip to main content

Berita: ENAM KOMPAUN DIKELUARKAN TERHADAP PENJAJA PASAR BESAR KK

  • 12 FEBRUARI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan telah mengadakan operasi di sekitar Pasar Besar Kota Kinabalu, pada 11 Februari 2025.

    Menerusi operasi yang diadakan sekitar 12 tengah hari ini, telah dikenal pasti beberapa penjaja yang masih degil dan terus membuat halangan di sekitar bangunan pasar, walaupun telah ditegur beberapa kali sebelum ini.

    Sehubungan itu, sebanyak enam (6) keping tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (Pasar) 1966 (Menyebabkan Halangan di Bangunan Pasar) kepada penjaja pasar berkenaan.

    DBKK amat memandang serius perkara ini dan akan terus melaksanakan pemantauan dari masa ke masa. Para penjaja dinasihatkan untuk sentiasa patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengoperasian.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK