Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN RASMI BRAHMA KUMARIS
02 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan rasmi daripada organisasi Brahma Kumaris yang diketuai oleh Assoc. Prof. Ir. Dr. Muralindran Mariappan, pada 31 Julai 2025.
Turut hadir dalam kunjungan rasmi ini ialah Mr. Charles Hogg, Puan Usha Nandini S Rajalingam dan Puan Petra Poh.
Rombongan telah disambut dengan penuh mesra oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK dan disertai oleh Encik Abdul Mukti bin Haji Muchlish, Pengetua Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK dan Encik Andy Peter Hamidon dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, DBKK.
Semasa kunjungan rasmi ini, Mr. Charles Hogg telah berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha Brahma Kumaris dalam menyumbang kepada usaha keamanan dan kesejahteraan global, termasuk projek Peace House di Kota Kinabalu.
Selain itu, dibincangkan juga program latihan yang sesuai untuk kakitangan DBKK bermula dari peringkat pengurusan hingga sokongan. Latihan yang bertujuan untuk meningkatkan ketahanan mental dan kesihatan holistik diyakini mampu membantu meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan anggota DBKK dalam menghadapi cabaran harian.
Akhir sekali, Brahma Kumaris turut menjemput Pegawai DBKK yang berminat untuk menyertai program-program bertaraf antarabangsa, antaranya yang akan datang bakal diadakan di India dan juga Bali, Indonesia.
Program ini diharap dapat memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dalam usaha mempromosikan keamanan, kesejahteraan serta pembangunan komuniti yang holistik.
DBKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Brahma Kumaris kerana memilih DBKK dalam rangka lawatan rasmi. Kerjasama ini diharap dapat membuka jalan kepada lebih banyak inisiatif positif demi kesejahteraan sejagat.
Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
Foto: Renaldo Fernandez & Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



