Skip to main content

Berita: SESI LIBAT URUS DESA BOTANI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    21 OGOS 2025: Dalam memastikan pandangan dan cadangan komuniti setempat sentiasa dititikberatkan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Botani telah mengadakan Sesi Libat Urus Desa Botani DBKK, bertempat di Dewan Putera, Taman Botani Tun Fuad Stephens, pada 15 Ogos 2025.

    Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dengan disertai oleh barisan Pengurusan Tertinggi, DBKK serta wakil daripada agensi-agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur serta Sabah Electricity.

    Lebih 150 penduduk Kampung Kolam Damai yang hadir telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), DBKK yang mengupas strategi pembangunan Desa Botani sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan bandar dengan penggunaan tanah yang lebih efisien dan infrastruktur berkualiti.

    Sesi diteruskan dengan taklimat kedua oleh Puan Joanna Johnny Goh, Pegawai Undang-undang DBKK yang menyentuh tatacara, pengurusan dan pentadbiran, serta penubuhan Jawatankuasa Pentadbiran Desa Botani (JPDB). Sebelum sesi libat urus diakhiri, penduduk yang hadir diberi ruang untuk menyuarakan pandangan serta cadangan masing-masing berkaitan pelaksanaan penempatan Desa Botani DBKK.

    Kerjasama erat antara DBKK dan komuniti setempat ini diharap dapat merealisasikan pembangunan Desa Botani DBKK.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK