Berita: MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH (JPBD) KOTA KINABALU BIL. 03/2025
15 SEPTEMBER 2025: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu Bil. 03/2025 (Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Berikutan Amaran Cuaca Buruk Melanda Kota Kinabalu) telah berlangsung di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK, pada 15 September 2025.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Felix I. Malangkig, Pengarah Jabatan Pengurusan Luar Bandar, DBKK dan bertujuan untuk menyelaras tindakan jabatan dan agensi kerajaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana di daerah ini.
Perbincangan yang berlangsung ditumpukan kepada beberapa agenda utama iaitu laporan operasi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penyelarasan kesiapsiagaan agensi kerajaan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil daripada PDRM, JBPM, APM, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA), Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N.16 Karambunai, UPPM DUN N.18 Inanam serta Jabatan-jabatan, DBKK.
Foto: Jabatan Pengurusan Luar Bandar, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



