Berita: JOM KENALI DOUBLE SIX, PROGRAM EDUKATIF BERSEMPENA DENGAN MUSIM CUTI SEKOLAH
22 SEPTEMBER 2025: Sebagai salah satu pengisian bermanfaat bersempena dengan musim cuti sekolah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA) telah menganjurkan program Jom Kenali Galeri Double Six, pada 20 September 2025.
Program yang berlangsung di Galeri Double Six ini telah disertai seramai 30 orang kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar Smart City Friends (SCF).
Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran berkaitan galeri dan fungsinya, selain memberi peluang kepada ahli-ahli SCF untuk memahami nilai sejarah dan peristiwa tragedi 06 Jun 1976.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah berlangsung, antaranya sesi lawatan berpandu, jejak warisan, tayangan video sejarah, permainan congkak sebelum diakhiri dengan pertandingan meluncurkan kapal terbang kertas.
Bagi memastikan objektif program tercapai, program Jom Kenali Galeri Double Six akan terus dianjurkan setiap bulan.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK
Suntingan: Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



