Skip to main content

Berita: DBKK PERTINGKAT RONDAAN BAGI MENCEGAH KANAK-KANAK GELANDANGAN DI RUMAH SAMPAH

  • -

    27 SEPTEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil maklum mengenai penularan sebuah rakaman video di media sosial pada 26 September 2025 yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak gelandangan memanjat dan menyelongkar sebuah rumah sampah di kawasan bandar raya.

    Susulan penularan video tersebut, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan telah mengambil tindakan serta-merta dengan menghantar anggota bagi membuat pemeriksaan. Namun, didapati bahawa kanak-kanak gelandangan tersebut tidak berada di rumah sampah berkenaan.

    DBKK memandang serius perkara-perkara ini kerana ia mencalarkan imej Bandaraya Kota Kinabalu dan menjejaskan aspek kebersihan serta keteraturan bandar raya.

    Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian seumpama ini diminta untuk menyalurkannya kepada DBKK menerusi sistem iCare dengan melayari pautan https://dbkk.sabah.gov.my/icare

    Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian 012-8226601 / 012-8114465 pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang. Dalam masa yang sama, kekerapan rondaan di lokasi berkenaan akan terus dipertingkatkan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penguatkuasaan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK