Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

  • -

    11 NOVEMBER 2025: Seiring usaha untuk memperkukuh sinergi di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 07 November 2025.

    Lawatan telah dipengerusikan oleh Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK. Hadir sama dalam lawatan ini ialah Ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan, DBKK.

    Manakala, rombongan MPLBP diketuai oleh Encik Shahir bin Salleh, Setiausaha MPLBP bersama 33 orang wakil yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran, Timbalan Pengarah PLANMalaysia@Kedah, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai jabatan.

    Tumpuan utama lawatan adalah sesi taklimat “Perancangan Pembangunan di Persisiran Pantai Bandaraya Kota Kinabalu” yang disampaikan oleh Puan Tantinny Fung, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKK sebelum diteruskan dengan sesi interaktif dan soal jawab.

    Sesi ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk mengutarakan sebarang persoalan, cadangan serta berkongsi pengalaman berkaitan tadbir urus dan perancangan pembangun Bandaraya Kota Kinabalu.

    Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsikan menerusi lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih utuh di antara DBKK dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan di masa akan datang.

    Terima kasih Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK