Skip to main content

Berita: JAGA KEBERSIHAN BANDARAYA KOTA KINABALU, HINDARI SIKAP BUANG SAMPAH MERATA-RATA

  • -

    Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga kelestarian Bandaraya Kota Kinabalu dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

    Sebagai inisiatif untuk membanteras kutu sampah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah melaksanakan Ops Bersih di pusat-pusat komersial dan pekan di sekitar bandar raya.

    Mana-mana individu yang didapati membuang sampah sarap merata-rata boleh dikompaun sehingga RM500 di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 (Pindaan 2005), tertakluk kepada jenis dan jumlah sampah yang dibuang.

    Bagi tempoh masa Oktober hingga November, sebanyak RM3,420 nilai kompaun telah dikutip hasil daripada pelaksanaan operasi ini.

    DBKK akan terus mempergiat pelaksanaan Ops Bersih di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, khususnya di kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan ramai. Dalam masa yang sama, orang ramai diseru untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan serta tidak meninggalkan sisa sampah di merata-rata tempat.

    Kebersihan bandar raya adalah tanggungjawab bersama, elak menjadi kutu sampah!

    Sumber Keratan Akhbar: Daily Express Malaysia

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari
    #KKBersihDanHijau

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK