Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN, PERKUKUH SINERGI ANTARA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

  • -

    18 DISEMBER 2025: Seiring usaha berterusan untuk memperkukuh sinergi di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berbesar hati menerim lawatan kerja daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 15 Disember 2025.

    Lawatan telah dipengerusikan oleh Encik Victor Gerard Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan Kewangan), DBKK. Hadir sama ialah barisan Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan, DBKK.

    Sementara itu, rombongan Majlis Bandaraya Seremban diketuai oleh Encik Hanizam bin Ahmad, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan, MBS yang hadir bersama 15 orang anggota yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai jabatan dan unit.

    Antara pengisian dalam lawatan ini adalah taklimat berhubung ‘Fungsi dan Aktiviti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA)’ yang disampaikan oleh Puan Hajah Fauziahton binti Ag. Samad, Pengarah JPIHEA, DBKK.

    Bagi memastikan objektif lawatan tercapai, hadirin turut mengambil bahagian dalam sesi interaktif dan soal jawab yang membolehkan interaksi dua hala di antara DBKK dan MBS. Selain topik yang dibentangkan, mereka turut mengupas dengan lebih terperinci berkaitan pengurusan tuntutan tunggakan cukai taksiran yang dikendalikan oleh DBKK dan punca kuasa, tatacara penubuhan serta fungsi dan peranan DBKK Holdings Sdn. Bhd.

    Semoga lawatan kerja ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat di antara DBKK dan MBS demi memperkukuh tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK