Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 10/2025, PENUTUP TIRAI PROGRAM BAGI TAHUN 2025
19 DISEMBER 2025: Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ melabuhkan tirainya bagi tahun ini dengan penganjuran Siri 10/2025 yang berlangsung dengan jayanya di KK Sentral, pada 13 Disember 2025.
Program ini merupakan inisiatif Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup bandar menerusi pelaksanaan program dan aktiviti pelancongan dengan penglibatan komuniti setempat.
Dalam masa yang sama, penganjuran program ini turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan dengan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di negeri ini.
Program yang diadakan bermula 7 pagi hingga 5 petang ini dimulakan dengan acara KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride yang melibatkan seramai 18 orang peserta daripada Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah, Papar dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya.
Program kemudian diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai di KK Sentral, antaranya ialah persembahan Kulintangan yang dibawakan oleh Darau Wetland dan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jabatan DBKK, iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Bandaraya.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Darna binti Badawi, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK. Berikut adalah senarai penuh pemenang mengikut pertandingan:
PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA (MENGHASILKAN POSKAD)
Kategori 7-17 tahun ke atas:
Johan: Richard Thomas
Naib Johan: Samuel Luther
Ketiga: Sandy Adelya
Saguhati: Charlie Ariana OhPERTANDINGAN MEMBUAT POKOK KRISMAS
Johan: Nadia Aiman
Naib Johan: Chang Yun Kong
Ketiga: Anna Voon
Saguhati: Aron BanuaPERTANDINGAN MINI SUKANEKA TRADISI (BERKUMPULAN)
Johan: Kumpulan Chin Family
Naib Johan: Kumpulan Lee Family
Ketiga: Kumpulan ThunderPERTANDINGAN PENCARIAN BAKAT
I.) Kategori A (7-17 tahun)
Johan: Chloe May
Naib Johan: Reysha Nur Adreea binti Rizal
Ketiga: Nur Malaeka Zhafrah
Saguhati: Arief Hakeem HassimII.) Kategori B (18 tahun ke atas)
Johan: Roeferrer M.
Naib Johan: Sahidan bin Mohd Ramli
Ketiga: Muhamad Safrie
Saguhati: Jasper Koh Wei KietSepanjang program ini berlangsung, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk melawat ke ruang pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi. Antaranya ialah Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Travers & Tour, Kraftangan Malaysia, Balai Seni Lukis, Darau Wetland, Desa Cinta Kobuni, DBKK Holdings Sdn. Bhd. serta jabatan-jabatan DBKK, seperti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Bandaraya.
Terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa dan peserta atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang penganjuran Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ pada tahun 2025.
Semoga objektif dan matlamat program terus dicapai dalam usaha memupuk semangat kerjasama komuniti serta memperkukuh penglibatan masyarakat dalam menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya yang lestari.
Jumpa lagi di tahun hadapan!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



