Berita: DBKK LAKSANA OPS BANGUNAN BERSIH PUSAT BANDAR
16 FEBRUARI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan Ops Bangunan Bersih Pusat Bandar di sekitar Bandaran Berjaya dan Kampung Air melibatkan pemeriksaan ke atas 63 lot premis, pada 03 hingga 10 Februari 2026.
Operasi yang melibatkan penglibatan enam (6) anggota daripada Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Penguatkuasaan, DBKK ini telah berjaya mengesan beberapa kesalahan utama oleh pemilik dan penghuni premis di kawasan berkenaan.
Antaranya ialah pembinaan bilik-bilik kediaman tanpa kelulusan pihak berkuasa, penggunaan bahan binaan yang tidak mematuhi syarat keselamatan kebakaran, kebocoran paip dan sistem perpaipan yang menyebabkan pencemaran kaki lima awam serta pengabaian kebersihan premis termasuk longgokan sisa binaan dan barangan persendirian di laluan belakang premis.
Susulan itu, sebagai tindakan penguatkuasaan, sebanyak 44 notis telah dikeluarkan bagi pembinaan tanpa kelulusan. Manakala, sebanyak 17 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 (Pindaan 2005) dan 16 kompaun di bawah UUK Bangunan 1951 (Pindaan 1987) telah dikeluarkan.
DBKK akan terus mempergiat operasi pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan premis sentiasa selamat, bersih dan mematuhi undang-undang kecil yang berkuat kuasa. Pemilik premis diingatkan supaya mengambil langkah pembetulan segera tanpa menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



