Skip to main content

Acara: JOM MERIAHKAN HARI LANDSKAP KOTA KINABALU 2026!

-

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap akan menganjurkan Hari Landskap Kota Kinabalu 2026 bertempat di Taman Chong Thain Vun, Kota Kinabalu, pada 26 hingga 28 Jun 2026.

Bertemakan “Inovasi Hijau Pembangunan Mampan”, pelbagai aktiviti menarik dan santai menanti anda sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah:

Mural Art Glow In The Dark, Karikatur & Installation Arts, Jualan Produk Landskap, Jualan Rahmah MADANI, Demonstrasi & Pameran Landskap, Ceramah menarik, Aktiviti kanak-kanak, Kuiz Kahoot, Urban Sketchers, Persembahan buskers & Cabutan bertuah.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti menerusi Pertandingan Fotografi, Pertandingan Video TikTok dan Pertandingan Reka Bentuk Pembangunan Koridor Hijau & Kemudahan Awam (Pekan Sembulan) serta Pertandingan Landskap yang kini dibuka untuk pendaftaran penyertaan. Untuk maklumat lanjut, imbas kod QR yang tertera pada poster-poster yang tertera.

Ayuh, datang bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan Hari Landskap Kota Kinabalu 2026 sambil menikmati suasana hijau yang kreatif, ceria dan penuh pengisian menarik!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
#HariLandskapKotaKinabalu 2026

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

JOM MERIAHKAN HARI LANDSKAP KOTA KINABALU 2026!
Attachment Size
Hari Landskap Kota Kinabalu.jpg 508.12 KB