Acara: PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU TAHUN 2025
Jom sertai Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2025 yang akan berlangsung di Palm Square, Centre Point, mulai 10.30 pagi, pada 05 Julai 2025 (Sabtu).
Pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dengan kerjasama Centre Point Sabah ini adalah percuma dan terbuka kepada penyertaan daripada pelajar sekolah rendah.
Dua (2) kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Tahap 1 (Darjah 1 - Darjah 3) dan Kategori Tahap 2 (Darjah 4 - Darjah 6). Setiap kategori adalah terhad kepada 30 penyertaan terawal.
Imbas Kod QR yang tertera atau layari pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLScPni4qQb5xVV.../viewform bagi mendapatkan borang dan syarat-syarat penyertaan.
Untuk pertanyaan lanjut, urus setia pertandingan boleh dihubungi melalui talian berikut:
Hafidah (013-8675386)
Sanscynelen (010-3616718)
Alvinnah (011-26784891)
Ayuh, sertai Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2025 dan serlahkan kreativiti anda!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



