Acara: RAIKAN BULAN KEBANGSAAN MENERUSI PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA 'LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET' SABTU INI!
Raikan Bulan Kebangsaan dengan penuh semangat dan rasa bangga menerusi Program KK Komuniti Sejahtera 'Leave No One Behind: Towards Sustainable Market' yang akan diadakan di Blok B, Tingkat 1, KK Sentral, pada 09 Ogos 2025.
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini akan berlangsung mulai 8 pagi hingga 5 petang, dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan seisi keluarga. Antaranya ialah:
PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS
Kategori Sekolah Rendah (7-12 tahun)
Kategori Sekolah Menengah (13-17 tahun)
PERTANDINGAN TEKA GAMBAR
Kategori Individu
Kategori Berkumpulan (3 peserta setiap kumpulan)
PERTANDINGAN SAHIBBAH
Kategori Terbuka
Selain itu, intisari program pada kali ini turut menampilkan Persembahan daripada Komuniti, Demo Seni Jahitan, Aktiviti Memanah, Sesi Taklimat dan Cabutan Bertuah.
Penganjuran program ini merupakan inisiatif dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi pelbagai program pelancongan dan aktiviti komuniti.
Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan yang menampilkan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di Negeri Sabah.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, urus setia program boleh dihubungi di talian 013-9966834 (Puan Shirley) atau 017-8359985 (Puan Shasha).
Bah, warga KK, sama-sama kita meriahkan Program KK Komuniti Sejahtera 'Leave No One Behind: Towards Sustainable Market' yang akan berlangsung Sabtu ini!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



