Skip to main content

Acara: SERTAI PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR: LEAVE NO ONE BEHIND: CY-CLEAN 2.0, BERBASIKAL SAMBIL MELESTARIKAN BANDARAYA KOTA KINABALU

06:00am-03:00pm

Warga Bandaraya Kota Kinabalu dijemput untuk menyertai Program Kemampanan Komuniti Bandar: Leave No One Behind: Cy-Clean (Cycling & Clean) 2.0 yang akan diadakan di Tapak Tugu Pekan Inanam, bermula pukul 6.00 pagi hingga 3.00 petang, pada 05 Oktober 2025.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini bakal menyaksikan peserta berbasikal santai sejauh 10KM sambil bergotong-royong membersihkan persekitaran di Pasar Basah Inanam dan Kampung Sinulihan, di mana aktiviti penanaman pokok kelapa turut diadakan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik menanti para peserta, antaranya ialah demonstrasi kraf Citra Kasih 'Upcycling' bersama peserta daripada Persatuan Pekak Sabah, Pameran Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Kuiz Alam Sekitar, Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah.

Turut berlangsung Pertandingan Mini Treasure Hunt, Pertandingan Mewarna Alam Sekitar, Pertandingan Menyusun Lego, Pertandingan Gubahan Bunga/Hiasan Taman Daripada Bahan Kitar Semula dan Pertandingan Hiasan Basikal.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Eco-Campus Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.18 Inanam, Persatuan Autisme Sabah dan Persatuan Orang Kerdil Sabah.

Mengangkat slogan “Wise Use of Natural and Built Environments, Promotes Healthy Family Lifestyle and Building Cohesive Communities”, program ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk merangsang komuniti yang prihatin, bertanggungjawab dan harmoni agar persekitaran sentiasa bersih, ceria dan lestari.

Untuk mendaftar sebagai peserta, imbas Kod QR yang tertera atau layari pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLSe.../viewform . Pendaftaran adalah percuma!

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, urus setia Program Kemampanan Komuniti Bandar: Leave No One Behind: Cy-Clean 2.0 boleh dihubungi melalui talian 013-9966834 / 012-3484761 (Puan Shirley).

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK