Acara: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 10/2025
Jom meriahkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 10/2025 yang akan diadakan di KK Sentral, pada 13 Disember 2025.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar melalui penganjuran program pelancongan dan melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat.
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini akan berlangsung bermula 8 pagi hingga 5 petang, dengan pelbagai pengisian menarik untuk penyertaan ramai. Antaranya ialah:
Pertandingan Melukis & Mewarna (Puan Aziera : 011-28802017)
Pertandingan Pencarian Bakat (Encik Brandon : 012-4426149)
Pertandingan Membuat Pokok Krismas (Puan Izzati : 011-31558407)
Pertandingan Mini Sukaneka Tradisi (Puan Yati : 016-8009759)
Pengunjung turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti santai seperti persembahan hiburan, taklimat dan Sesi Bersama Pempamer.
Orang ramai dijemput untuk hadir dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 10/2025 yang menjadi penutup tirai kepada penganjuran tahun ini dan akan disambung semula pada tahun 2026.
Jangan lepaskan peluang ini, hanya imbas Kod QR yang tertera untuk mendapatkan lokasi acara.
Jumpa anda di sana!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejateraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



