Acara: JOM SAMBUT AMBANG TAHUN BAHARU 2026 BERSAMA DBKK!
Warga Bandaraya Kota Kinabalu dijemput hadir beramai-ramai ke Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026!
Bila & di mana ?
31 Disember 2025, Rabu
5.00 petang
Pekarangan Ibu Pejabat DBKK
Hampir 100 gerai pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman menanti anda! Selain itu, anda semua bakal disajikan dengan persembahan hiburan, tarian & nyanyian yang pasti memeriahkan suasana sementara menanti detik jam 12.00 tengah malam. Orang ramai juga berpeluang menyaksikan persembahan bunga api yang bakal menghiasi Bandaraya Kota Kinabalu bagi menyambut tahun baharu 2026!
Bah! Jom santai bersama keluarga dan teman-teman, mari kita sama-sama kira detik terakhir 2025 dan sambut 2026 dengan penuh semangat dan keceriaan. Jumpa anda di sana!
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



