
Chief of Staff
SAIRULLIZAM BIN SUKOR
Tanggungjawab Chief of Staff
- Penasihat Strategik
- Memberi nasihat strategik kepada pimpinan tertinggi mengenai hal-hal strategik dan keutamaan dasar.
- Menyediakan briefing, kertas kerja, atau nota berkaitan isu semasa dan perancangan jangka panjang.
2. Penyelarasan Antara Jabatan & Pentadbiran
- Memudahkan komunikasi dan penyelarasan antara jabatan bagi memastikan kelancaran operasi bandar.
- Memastikan projek rentas jabatan bergerak lancar dan tiada pertindihan tugasan.
3. Pemantauan Pelaksanaan Polisi & Projek
- Memantau kemajuan pelaksanaan dasar, program dan projek utama DBKK.
- Mengenalpasti isu atau kelewatan dan membantu mencari penyelesaian segera.
4. Pengurusan Pejabat Mayor
- Mengurus operasi harian pejabat Mayor secara profesional dan sistematik.
- Menyusun jadual mesyuarat, lawatan dan temu janji penting.
5. Komunikasi Dalaman & Luaran
- Bertindak sebagai penghubung antara Mayor dan pihak luar (agensi kerajaan lain pemimpin masyarakat, NGO, ahli politik).
- Mengawal naratif atau mesej awam berkaitan dasar dan aktiviti DBKK (termasuk ucapan dan kenyataan media).
6. Jaringan dan Hubungan Strategik
- Mewakili Mayor dalam mesyuarat atau majlis rasmi, sekiranya perlu.
- Menjalin hubungan strategik dengan pemegang taruh dan lain-lain agensi.
7. Kawal Selia Projek Khas
- Menguruskan projek khas yang diarahkan oleh Mayor, terutamanya yang berimpak tinggi atau berprofil tinggi.
- Memastikan projek berjalan mengikut masa dan bajet
8. Pengurusan Krisis & Isu Segera
- Membantu merancang dan menyelaras tindakan semasa krisis, seperti bencana alam, aduan awam besar, atau isu sensitif.
- Menjadi 'point person’ untuk tindakan segera dan komunikasi krisis.
9. Pembangunan Dasar & Penambahbaikan Proses
- Menyumbang kepada pembangunan dasar baru atau penambahbaikan proses kerja dalam organisasi DBKK.
- Mendorong budaya inovasi dan kecekapan dalam pentadbiran
10. Analisis Data & Laporan Prestasi
- Menyediakan atau menyemak laporan prestasi jabatan.
- Menggunakan data untuk mengenal pasti trend, masalah dan cadangan penambahbaikan.



