Berita: PROGRAM PENDIDIKAN BOTANI DAN ALAM SEKITAR DI TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS SABAH
26 MEI 2026: Seramai 31 orang pelajar dan guru daripada 4th Kota Kinabalu Boy’s Brigade Company in Malaysia telah menyertai Pakej Floraventure di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah, pada 25 Mei 2026.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pembelajaran interaktif.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan kepentingan serta cara penanaman pokok, penghasilan ‘Mini Terrarium’, dan ‘Ginger Hunt’ bagi mengenali spesies halia melalui aktiviti eksplorasi dan kuiz.
Program ini diharap dapat memupuk minat terhadap dunia botani serta meningkatkan kesedaran untuk menghargai dan memelihara alam semula jadi.
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program ini, urus setia program boleh dihubungi di talian:
Encik Jickron Jolidi - 012-8366750
Encik Junior Rofinus - 016-8464591
Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



