Berita: PROGRAM KEMBARA ILMU BERSAMA PERPUSTAKAAN NEGARA
18 JUN 2026: Taman Botani Tun Fuad Stephens telah dipilih sebagai salah satu lokasi bagi penganjuran Program Kembara Ilmu Bersama Perpustakaan Negara, pada 14 Jun 2026.
Seramai 200 orang peserta daripada Perpustakaan Negara telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar Taman Botani.
Menerusi program ini, para peserta telah dibawa melawat sambil belajar di beberapa lokasi menarik seperti Herbs Garden, Ginger Garden dan Conservatory Center untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan bimbingan daripada fasilitator.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



