Berita: DBKK TERIMA LAWATAN KERJA MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAH
24 JUN 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan kerja Majlis Daerah Dalat dan Mukah, di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 16 Jun 2026.
Mengetuai rombongan ini adalah Kr. Aini bin Suhaili, Pengerusi Majlis Daerah Dalat dan Mukah bersama 19 orang ahli daripada pelbagai jawatankuasa.
Ketibaan rombongan disambut oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK. Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan, DBKK.
Agenda utama lawatan ini adalah perkongsian ilmu berkaitan pelaksanaan tadbir urus DBKK, khususnya dalam aspek landskap, taman-taman awam dan pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu.
Antara pengisian lawatan kerja ini adalah taklimat bertajuk “Pengurusan dan Penyelenggaraan Landskap dan Taman-taman Awam di Bandaraya Kota Kinabalu” yang disampaikan oleh Datin Dr. Noridawati Abd Rahman, Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan Landskap, Jabatan Landskap, DBKK.
Bagi memastikan objektif lawatan dicapai, semua yang hadir mengambil bahagian dalam sesi interaktif dan soal jawab yang membolehkan interaksi dua hala di antara DBKK dan Majlis Daerah Dalat dan Mukah.
Pertemuan ini diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan jalinan kerjasama di antara DBKK dan Majlis Daerah Dalat dan Mukah, selain membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



