Skip to main content

Berita: LAWATAN TAPAK LOKASI PENANAMAN POKOK FICUS TERPILIH DI TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS SABAH

  • -

    9 JULAI 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan lawatan tapak bagi mengenal pasti lokasi untuk pelaksanaan Program Pemuliharaan Pokok Ficus (Ficus spp.) terpilih, di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah, pada 1 Julai 2026.

    Lawatan ini telah diketuai oleh Datuk Dr. John Payne, Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA) bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Botani, DBKK.

    Tujuan utama lawatan ini adalah bagi memilih kawasan yang strategik bagi penanaman spesis Ficus terpilih sebagai usaha memperkayakan spesis tumbuhan di taman. Pokok Ficus merupakan spesis penting dalam ekosistem hutan tropika kerana menjadi sumber makanan kepada pelbagai hidupan liar seperti burung, kelawar, tupai dan primat.

    Selain menyumbang kepada usaha konservasi, penanaman spesis Ficus terpilih ini juga akan meningkatkan nilai pendidikan Taman Botani Tun Fuad Stephens sebagai medium pembelajaran kepada pelajar, penyelidik dan pengunjung mengenai kepentingan biodiversiti serta pemuliharaan spesis tempatan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK