Berita: SESI PENILAIAN “THE LAYERED SUNSET OF KOTA KINABALU PHOTOGRAPHY CONTEST”
29 SEPTEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Sesi Penilaian “The Layered Sunset of Kota Kinabalu Photography Contest”, bertempat di Galeri Double Six Sembulan pada 21 Ogos 2026.
Sesi penilaian ini disertai oleh barisan panel juri yang berpengalaman, iaitu Dr. Danny Kok, bekas Presiden Sabah Arts & Photographic Society; Dr. M Fazmi Hisham, Pensyarah Kanan Program Sinematik Digital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Encik Jonathan Jasri, Pensyarah Diploma in Screen Arts, University College Sabah Foundation (UCSF).
Penilaian ini melibatkan karya fotografi yang telah dihantar seramai 106 orang peserta. Dua (2) kategori utama yang dipertandingkan ialah:
Kategori A - Telefon Pintar:
A1 - Senja, Gaya Hidup & "Healing" (The Vibe of KK)
A2 - Siluet & Momen Spontan (Human Interest & Silhoutte)
A3 - Senja & Warisan Budaya (Cultural Sunset)Kategori B Profesional & Gadget
B1 - Senja Dari Puncak (High-Angle, Hills & Drone)
B2 - Landskap Agung & Mercu Tanda (Masterpiece Scenic)
B3 - Budaya & Penceritaan Senja (Fine-Art Culture & Documentary)Penganjuran pertandingan ini diharap dapat menjadi platform kepada para peserta untuk menampilkan kreativiti menerusi karya fotografi yang dihantar.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



