Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • -

    26 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK, pada 25 Ogos 2025.

    Ketibaan rombongan yang terdiri daripada 34 orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu dan telah disambut oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK bersama Ketua-ketua Jabatan, DBKK.

    Hadir sama ialah Supt. Mohd. Radzi bin Abdul Rahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu; Dr. Mohd. Hisham bin Ahmad Kusairi, Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu; TPr Muhammad Nasrul Hadi bin Jukun Nain, Timbalan Pengarah PLANMalaysia@Kedah; Ir. Ahmad Shahril Azli bin Idris, Jurutera Daerah Kubang Pasu; Ahli-ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan, MPKP.

    Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan strategi pembangunan pelancongan serta pelaksanaan program-program ‘Smart City’ di Bandaraya Kota Kinabalu.

    Antara pengisian lawatan ialah sesi taklimat bertajuk ‘Strategi Pembangunan Pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu’ yang disampaikan oleh Puan Darna binti Badawi, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK, sebelum diteruskan dengan taklimat ‘Program Smart City di Bandaraya Kota Kinabalu’ oleh Puan Tantinny Fung, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKK.

    Sebelum majlis diakhiri, satu sesi interaktif dan soal jawab telah berlangsung yang memberi peluang kepada hadirin untuk mengemukakan soalan serta berkongsi pandangan masing-masing berkaitan topik yang telah dibentangkan.

    Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini memberikan nilai tambah dalam meningkatkan keberkesanan pentadbiran di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK