Skip to main content

Acara: CABARAN ‘KAMPUNGKU BERSIH’ – EDISI KEPULAUAN, KE ARAH BANDARAYA BERSIH DAN HIJAU

-

Warga Bandaraya Kota Kinabalu dialu-alukan untuk menyertai Cabaran ‘Kampungku Bersih’ – Edisi Kepulauan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, yang akan berlangsung mulai 23 Ogos hingga 27 September 2025.

Buat julung kalinya, cabaran yang diperkenalkan pada tahun 2023 ini, akan diperluaskan ke kampung-kampung di Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar, dalam usaha mencari komuniti pulau yang paling bersih, indah dan lestari.

Misi Cabaran ‘Kampungku Bersih’ – Edisi Kepulauan ialah untuk meningkatkan kesedaran kebersihan dan pengurusan sampah yang betul; amalkan kitar semula dan kurangkan sisa; memperindah landskap kampung dan tingkatkan daya tarikan pelancongan serta wujudkan persekitaran pulau yang bersih, selamat dan lestari.

Cabaran ini akan dilancarkan pada 23 Ogos 2025 bersempena dengan program KK Cleanup Day 2.0 yang akan diadakan di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens. Manakala, penyampaian hadiah akan disempurnakan pada 27 September 2025 bersempena dengan Hari Cuci Malaysia.

Hadiah lumayan menanti pemenang:

Johan – RM20,000 + Trofi + Sijil
Naib Johan – RM12,000 + Trofi + Sijil
Tempat Ketiga – RM8,000 + Trofi + Sijil
Saguhati (Ke-4 hingga Ke-7) – RM1,000 + Sijil

Kampung mana yang akan merangkul gelaran juara pada kali ini? Ayuh, inilah masa untuk buktikan bahawa kampung anda paling bersih, indah dan mesra alam!

Berminat untuk menyertai Cabaran ‘Kampungku Bersih’ – Edisi Kepulauan, imbas Kod QR yang tertera atau layari pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfBDgo0.../viewform... (Borang Pendaftaran) dan https://www.canva.com/.../Kl4vK0H4k_XB_kuvaOXYkA/view... (Kriteria Penilaian).

Untuk maklumat lanjut, Urus Setia program boleh dihubungi melalui talian 011-51341547 (Whatsapp).

Jangan lepaskan peluang ini, bersama kita realisasikan Kota Kinabalu Bersih & Hijau!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
#KampungkuBersih
#EdisiKepulauan
#KKBersihDanHijau

Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK