Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
28 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Jabatan Penguatkuasaan Hasil, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang telah diadakan pada 22 April 2026 di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK.
Lawatan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Victor Gerard Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan), DBKK. Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan, DBKK serta wakil DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH).
Manakala rombongan MBMB terdiri daripada 34 orang pegawai Jabatan Penguatkuasaan Hasil, MBMB dan diketuai oleh Puan Nurhayati binti Ismail.
Agenda utama lawatan ini adalah untuk bertukar pengalaman dan pandangan berkaitan kutipan tunggakan cukai taksiran harta bagi mencapai sasaran jabatan. Selain itu, ia turut merangkumi perkongsian kaedah dan teknik dalam pengurusan, termasuk proses penghantaran bil serta notis tunggakan cukai taksiran harta bagi premis di bawah pentadbiran DBKK.
Antara pengisian lawatan kerja ini ialah penyampaian taklimat bertajuk “Pengurusan Tempat Letak Kereta di Bandaraya Kota Kinabalu’ oleh Encik Arbani bin Basa, pegawai daripada DBKK Holdings Sdn. Bhd. Seterusnya, lawatan diteruskan dengan taklimat “Pengurusan Kutipan Cukai Taksiran di Bandaraya Kota Kinabalu” oleh Encik Mohd. Ghazalie bin Hussain, pegawai daripada Jabatan Kewangan dan Belanjawan, DBKK
Lawatan diteruskan dengan Sesi Interaktif dan Soal Jawab yang memberi peluang kepada komunikasi dua hala antara pihak DBKK dan MBMB.
Terima kasih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



