Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

  • -

    12 DISEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 11 Disember 2025.

    Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK selaku pengerusi lawatan, sambil disertai oleh barisan Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai Kanan, DBKK.

    Rombongan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah diketuai oleh Encik Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, MBMB bersama 35 orang anggota yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai jabatan.

    Pengisian utama lawatan ini adalah pembentangan dua (2) taklimat, iaitu 'Fungsi dan Aktiviti Bahagian Integriti DBKK' yang disampaikan oleh Puan Hajah Lizawana binti Matin, Ketua Bahagian Integriti, DBKK dan 'Fungsi dan Aktiviti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK’ oleh Puan Hajah Fauziahton binti Ag. Samad, Pengarah Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK.

    Lawatan kemudian diteruskan dengan sesi interaktif dan soal jawab, di mana hadirin berpeluang untuk mengutarakan persoalan serta berkongsi amalan terbaik.

    Semoga lawatan ini membuka peluang kepada jalinan sinergi yang lebih luas di antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Terima kasih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK