Berita: FINEST DANCE BATTLE VOL.4 MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-26 BANDARAYA KOTA KINABALU
09 FEBRUARI 2026: Finest Dance Battle Vol.4 berlangsung meriah di Aramaiti Area, IMAGO Shopping Mall, menghimpunkan bakat-bakat tari anak muda bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama rakan strategik, IMAGO Shopping Mall dan MAXUMAX ini membuka ruang kepada golongan belia untuk mengekspresikan minat dan bakat melalui seni tari, sekali gus menjadikan pusat bandar raya sebagai medan aktiviti kreatif yang dekat dengan komuniti.
Sepanjang acara yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, para peserta tampil dengan persembahan yang segar dan pelbagai, mempamerkan keunikan gaya serta identiti masing-masing, di samping menarik perhatian pengunjung yang hadir sepanjang hari.
Sebanyak dua (2) kategori utama dipertandingkan, iaitu Kategori 3 On 3 Openstyle Battle dan Kategori 2 On 2 Openstyle Battle, dengan penilaian dibuat berdasarkan aspek teknik, kreativiti serta penguasaan pentas.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan juri yang terdiri daripada Semmy Blank dari Indonesia, bersama Jibz dan Wednesday. Suasana acara dihidupkan dan dimeriahkan oleh dua pengacara penuh tenaga, Ray dan Azim, manakala iringan muzik oleh DJ Izzie menyemarakkan suasana sepanjang pertandingan.
Senarai pemenang Finest Dance Battle Vol.4 adalah seperti berikut:
1.) Kategori 3 On 3 Openstyle Battle
Johan (RM3,000) – FLEXIBLE CREW
Naib Johan (RM2,000) – LE’STYLE2.) Kategori 2 On 2 Openstyle Battle
Johan (RM2,000) – VISCO & EZKAY
Naib Johan (RM1,000) – OPIE & ARIFDIAZMajlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Faradillah Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK yang hadir mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir memberikan sokongan, Yang Berusaha Encik Izzat Dahlan, wakil MAXUMAX rakan strategik acara dan juga Ketua-ketua Jabatan DBKK.
DBKK percaya platform sebegini mampu menyokong pembangunan bakat kreatif tempatan serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti seni secara positif dan berdaya saing. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan Finest Dance Battle Vol.4.
Liputan: Noorziana Zainih
Foto: Renaldo Fernandez
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



