Skip to main content

Berita: PROGRAM JEJAK BOTANI BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-26 BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    16 FEBRUARI 2026: Program Jejak Botani bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu anjuran Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berlangsung dengan jayanya di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah, pada 15 Februari 2026.

    Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK yang hadir mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Hadir sama ialah barisan Pengurusan Tinggi serta Ketua-ketua Jabatan, DBKK.

    Dalam majlis yang sama, YBhg. Datuk turut menyempurnakan pelepasan aktiviti Jejak Botani yang mendapat penyertaan menggalakkan daripada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi, sekolah menengah dan rendah. Antara yang menghantar wakil ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Cyberjaya College Kota Kinabalu, Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (IATC) Putatan, Institut Pertanian Sabah (IPS) Timbang Manggaris, SK St. Francis Convent, SK Bukit Padang dan ahli-ahli Smart City Friends.

    Tumpuan utama program ini ialah pelancaran Pakej Pendidikan Botani dan Alam Sekitar yang bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman serta aktiviti interaktif yang lebih menarik yang disesuaikan secara khusus mengikut kesesuaian kategori umur.

    Terdapat tiga (3) pakej pendidikan berstruktur utama yang diperkenalkan menerusi Pakej Pendidikan Botani dan Alam Sekitar, iaitu:

    Image removed. Pakej Botanicus (4-12 tahun)

    Image removed. Pakej Floraventur (13-17 tahun)

    Image removed. Pakej EduTrek Adventure (18 tahun ke atas)

    Acara kemudian diteruskan dengan sesi β€˜walkabout’ di sekitar Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah yang turut menyaksikan simbolik penanaman 100 bibit pokok yang didahului oleh Datuk Sr. Lifred bersama Pengurusan Tinggi, DBKK. Jenis pokok yang ditanam adalah π‘†π‘π‘Žπ‘‘π‘œπ‘‘β„Žπ‘’π‘Ž π‘π‘Žπ‘šπ‘π‘Žπ‘›π‘’π‘™π‘Žπ‘‘π‘Ž 𝑃.π΅π‘’π‘Žπ‘’π‘£ atau dikenali sebagai African Tulip.

    Aktiviti penanaman pokok ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Botani, DBKK bersama Syarikat Fraser & Neave (F&N). Aktiviti penanaman pokok turut dilakukan oleh wakil-wakil rakan strategik yang hadir, iaitu Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Taman-taman Sabah, DBKK Holdings Sdn. Bhd. dan Syarikat Fraser & Neave (F&N).

    DBKK merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan di masa akan datang demi mewujudkan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya yang lestari, hijau dan sejahtera.

    Untuk maklumat lanjut atau tempahan Pakej Pendidikan Botani dan Alam Sekitar, sila hubungi talian yang berikut:

    016-8464591 (Encik Junior Rofinus)
    013-6857928 (Puan Syahizah Jamal)

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK