Skip to main content

Acara: "Love KK City, Bike Free Ride Tour - Let's Cycle and Keep Our City Clean"

03:30-06:30pm
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  • Basikal
  • SIDMA College

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan acara “Love KK City Bike, Free Rides Tour – Lets Cycle and Keep Our City Clean” bersama SIDMA College, pada hari Sabtu ini, 27 Julai 2024, bermula 3.30 petang.

Aktiviti berbasikal ini merupakan acara DBKK bersama komuniti, iaitu SIDMA College, di mana para peserta akan berbasikal mengelilingi bandar raya dan berhenti di beberapa lokasi yang terpilih untuk menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan tempat awam.

Laluan berbasikal ini akan bermula dari foyer DBKK menuju ke Lorong Sentosa, Segama Waterfront, Pillars of Sabah, Sabah Tourism Board dan kembali semula ke foyer DBKK.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-3484761.