PENGENALAN
Selaras dengan keperluan untuk memenuhi tuntutan dan kehendak semasa serta usaha untuk memantapkan tadbir urus Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, maka Jabatan Pelancongan dan Perhubungan Antarabanga ditukar kepada Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat di bawah Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan yang berkuatkuasa pada 22 Julai 2024.
Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat (JPKM) terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:
- Bahagian Pelancongan
- Bahagian Kesejahteraan Masyarakat
- Bahagian Pentadbiran dan Pejabat Pengarah
VISI
Merancang dan membangunkan pelancongan di dalam Bandaraya dan Luar Bandar Kota Kinabalu sebagai "Preferred Destinastion" memperkasa masyarakat ke arah hidup yang sejahtera, berkualiti dan mampan.
MISI
Merancang, melaksana, memantau dan menilai pembangunan pelancongan, program komuniti dan kesejahteraan bandar inovatif, strategik dan inklusif.
PIAGAM PELANGGAN
JPKM berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan komited di dalam melaksanakan tanggungjawab.
FUNGSI
- Merancang dan menyelaras aktiviti pelancongan di dalam dan di luar Bandaraya
- Memantau fasilitas dan infrastruktur tempat-tempat tumpuan pelancongan di dalam dan di luar Bandaraya
- Menyediakan dan menggiatkan lagi usaha untuk mempromosi Bandaraya Kota Kinabalu
- Membangun kawasan sub-urban dengan mempergiatkan pelancongan dan aktiviti berasaskan komuniti
- Mengadakan kerjasama pintar dalam membina serta memacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat termasuk pelajaran sosial, alam sekitar dan keselamatan luar bandar Kota Kinabalu
- Mempromosi sektor pelancongan dan aktiviti komuniti bandaraya Kota Kinabalu dengan lebih efektif melalui perancangan, pemantauan dan penilaian yang berterusan
- Membangunkan produk pelancongan dan tempatan yang memberikan manfaat kepada komuniti dengan penglibatan langsung
- Mengenalpasti kawasan luar bandar yang berpotensi untuk dijadikan pusat tarikan pelancong
- Menyelaras Program Local Agenda 21 di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu



