Skip to main content

Acara: SERTAI AKTIVITI BERSEMPENA DENGAN PROGRAM PENANAMAN 1,000 POKOK SAYUR DAN GOTONG-ROYONG DI SEMBULAN

06:00am-12:00pm

Jom daftarkan nama anda dan terima bibit pokok sayur cili atau terung bersempena dengan Program Penanaman 1,000 Pokok Sayur dan Gotong-Royong Di Sembulan yang akan berlangsung pada 04 Oktober 2025 (Sabtu).

Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini akan berlangsung di pekarangan Tadika Perpaduan Sembulan Baru (B), bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Antara pengisian menarik yang bakal berlangsung bersempena program ini ialah:

JUALAN RAHMAH MADANI
Tarikh : 04 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 1 tengah hari
Tempat : Pekarangan Tadika Perpaduan Sembulan Baru (B)

JUALAN BUKU DBKK
Tarikh : 04 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa : 7 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Pekarangan Tadika Perpaduan Sembulan Baru (B)
Tarikh : 04 & 05 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa : 7 pagi - 5 petang
Tempat : Lintasan Deasoka

BAZAR KOMUNITI
Tarikh : 03 - 05 Oktober 2025 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Lintasan Deasoka

TEMUI MARDI DI BAZAR KOMUNITI, LINTASAN DEASOKA
Tarikh : 4 & 5 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Lintasan Deasoka

Orang ramai juga berpeluang untuk mengunjungi reruai daripada pelbagai agensi yang terlibat seperti Jabatan Pertanian; Jabatan Penjara Negeri Sabah; Volunteer Smartphone (VSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM); Keselamatan Kebakaran & Keselamatan Air, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah; Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah serta usahawan Komuniti Pertanian Bandar.

Jangan lepaskan peluang ini dan bawa beg guna semula anda sendiri. Jumpa anda di sana!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK