Acara: SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025 & MAJLIS JAMUAN BERSAMA RAKYAT
Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) akan menganjurkan Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025, seperti ketetapan berikut:
16 hingga 19 Disember 2025
6.00 petang
Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Sambutan yang berlangsung selama empat (4) hari ini menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung setiap hari.
Sepanjang tempoh sambutan, orang ramai berpeluang menikmati jamuan percuma setiap hari menerusi Majlis Jamuan Bersama Rakyat, sebagai tanda penghargaan dan perkongsian kegembiraan sempena perayaan Krismas.
Pelbagai aktiviti menarik serta persembahan istimewa daripada artis dan komuniti tempatan turut disediakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan.
Marilah kita bersama-sama menyambut perayaan Krismas dalam suasana penuh meriah dan harmoni.
“Pengharapan Damai Dalam Kasih”
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



