Acara: MAYOR'S PRESS AWARD KEMBALI LAGI!

MAYOR'S PRESS AWARD KEMBALI LAGI!
Mayor's Press Award anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kembali lagi!
Semua pengamal media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Sabah dijemput untuk menyertai Mayor's Press Award 2026 yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pengamal media yang telah memberi sumbangan besar dalam membantu memaparkan pembangunan, inisiatif dan usaha berterusan DBKK ke arah menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya pintar dan lestari.
Antara kategori-kategori utama yang bakal dipertandingkan ialah:
🏆 Anugerah Penulisan Terbaik Kategori Laporan Akhbar
🏆 Anugerah Penulisan Terbaik Kategori Rencana
🏆 Anugerah Siaran TV Terbaik Dalam Bahasa Melayu
🏆 Anugerah Fotografi Terbaik
Penyertaan bagi Mayor's Press Award akan dibuka mulai 23 Februari 2026 (Isnin) hingga 30 April 2026 (Khamis), jam 5.00 petang. Borang pendaftaran dan syarat penyertaan boleh diakses melalui pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/10tKXKUpIg2ic0V_fR9sROko9e4rYJCom/view?…
Sebarang pertanyaan lanjut, Bahagian Media dan Komunikasi, Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam (Urus Setia) boleh dihubungi di talian yang berikut:
📞 014-6744072 (Noorziana)
📞 011-31467947 (Eleanor)
📞 010-9532313 (Olga)
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



