Skip to main content

Acara: AYUH WARGA BANDARAYA KOTA KINABALU! SAMA-SAMA KITA RAIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 JUBILI PERAK BANDARAYA KOTA KINABALU

-

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu yang bakal dirai pada 02 Februari 2025 ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan pelbagai acara menarik untuk disambut bersama-sama warga Bandaraya Kota Kinabalu!

Jom ikuti program-program menarik yang bakal diadakan antaranya Upacara Menaikkan Bendera, Fiesta Makan-makan, Finest Dance Battle, KK City Strong Man, Pameran Kenderaan Volkswagen Klasik, Festival Sastera dan Puisi Esei Antarabangsa Ke-4, Borneo Half Marathon 2025, 25th Silver Jubilee City Ride 2025, Pertandingan Juara Kugiran, Pertandingan Memancing dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyemarakkan lagi semangat komuniti sambil memupuk gaya hidup sihat dengan menyertai aktiviti dan program yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini.

Ikuti perkembangan semasa Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubili Perak Bandaraya Kota Kinabalu menerusi Facebook Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia UTB25 di Jabatan Hal Ehwal Korporat, DBKK melalui talian 088-521800.

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari 

Kalendar Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu
Attachment Size
KalendarUTBKK25.jpg 528.75 KB