Skip to main content

Acara: ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR MENYAKSIKAN ACARA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 JUBLI PERAK BANDARAYA KOTA KINABALU

Tarikh 02 Februari 2000 merupakan tarikh bersejarah buat Kota Kinabalu apabila diberi pengiktirafan dan dinaik taraf sebagai sebuah Bandar Raya. Tahun ini, Kota Kinabalu akan menyambut Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Image removed.

Orang ramai adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai dan memeriahkan acara Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak pada 02 Februari 2025, Ahad bermula 07.00 pagi di pekarangan Bangunan DBKK.

Signifikan kepada tarikh bersejarah ini, orang ramai bakal menyaksikan majlis keraian bersama-sama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bagi menyempurnakan Upacara Menaikkan Bendera dan Upacara Lafaz Ikrar, yang dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pagi.

Buat julung kalinya juga, majlis penuh makna ini bakal diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, pada pukul 10.00 pagi.

Orang ramai turut berpeluang menyaksikan persembahan pentas, di samping acara memotong kek, deklamasi puisi dan persembahan khas "Bandar Raya Bersih, Harmoni".

Jangan lupa janji temu kita pada 02 Februari 2025 ini di pekarangan Bangunan DBKK.

Jumpa anda di sana!

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA DBKK

Upacara Menaikkan Bendera 2025
Attachment Size
UpacaraMenaikkanBendera2025.jpg 718.94 KB