Skip to main content

Acara: FIESTA MAKAN-MAKAN KEMBALI LAGI!

-
Pekarangan Parkir Ibu Pejabat DBKK

Nikmati keunikan dan kepelbagaian menu masakan warisan Sabah di Fiesta Makan-makan yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, pada 07 dan 08 Februari 2025.

Acara yang diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam ini menawarkan lebih 100 lot gerai jualan yang terletak di lapan (Image removed. zon utama, iaitu Zon Makanan Sabahan, Zon Western Food & Panggang, Zon Makanan Viral & Buah-buahan, Zon Artisan, Zon Mini Games & Rumah Hantu, Hot Wheels, Food Truck dan lot promosi.

Selain itu, turut disediakan empat (4) zon hiburan sepanjang acara berlangsung untuk tontonan anda dan seisi keluarga, iaitu di City Park, Foyer DBKK, Lintasan Deasoka dan kawasan parkir pejabat Jabatan Penguatkuasaan, DBKK.

Untuk maklumat lanjut berkaitan lokasi dan zon gerai jualan, orang ramai bolehlah mengimbas Kod QR atau klik pautan https://cererr.my.canva.site/fiesta-makan-makan-kk.

Bah, datang kamu. Kita makan-makan bah Image removed.

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK

Fiesta Makan-makan
Attachment Size
FiestaMakan2025.jpg 729.32 KB