Acara: JOM SERTAI SANTAI BAH MANCING
Bah, kepada para penggemar hobi memancing, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ‘Santai Bah Mancing’ yang akan berlangsung pada 19 April 2025, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari!
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu.
Hadiah utama menawarkan RM5,000 kepada pemancing yang berjaya disusuli tempat kedua dan ketiga dengan nilai hadiah RM1,000 serta RM500.
Sekiranya berminat, yuran penyertaan adalah RM80 dan pendaftaran boleh dibuat di dua (2) lokasi, iaitu Taman Awam Teluk Likas dan Pejabat Jabatan Penguatkuasaan, DBKK, bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang (Waktu Rehat: 12.00 tengah hari - 2.00 petang).
Untuk maklumat lanjut, urus setia penganjur boleh dihubungi melalui talian 016-8053935 (Romzi); 016-2454242 (Jainis); 016-840 4699 (Billy); 014-362 3563 (Zikrey); 013-8545606 (Mark) atau 011-40106785 (Nick).
Jom, daftar dan serlahkan kemahiran anda dalam pertandingan Santai Bah Mancing!
#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



