Berita: PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH WARGA KERJA DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
20 OGOS 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Program Kesedaran Integriti dan Anti Rasuah Warga Kerja DBKK, di Sabah International Convention Centre (SICC), pada 12 Ogos 2026.
Program yang menghimpunkan seramai 180 orang warga kerja daripada pelbagai jabatan dan bahagian DBKK ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Anti Rasuah (PAR) 2024-2026 DBKK bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan integriti dalam kalangan warga kerja DBKK.
Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datuk TPj Mohd. Fuad Bee bin Basrah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, barisan Pengurusan Tertinggi serta Ketua-ketua Jabatan, DBKK.
Antara pengisian utama program ialah sesi penyampaian ceramah yang disampaikan sendiri oleh YBhg. Datuk TPj Mohd. Fuad Bee bin Basrah, Pengarah SPRM Sabah bertajuk “Integriti dan Akauntabiliti Tanggungjawab Bersama” yang menyampaikan mesej bahawa pembentukan organisasi berintegriti memerlukan komitmen bersama.
Program kemudian diteruskan dengan ceramah bertajuk “Kesedaran Ancaman Siber dan Perlindungan Data Organisasi” oleh Ts. Edi bin Abdul Majid, Penolong Pengarah Kanah, Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi (JTDI) Sabah yang berkongsi mengenai ancaman siber dan kepentingan melindungi data organisasi dalam persekitaran perkhidmatan yang berteraskan digital.
Komitmen warga kerja DBKK turut diterjemahkan melalui Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang merangkumi tayangan montaj, lafaz ikrar serta upacara menandatangani IBR, sekali gus menjadi simbol iltizam DBKK untuk terus membudayakan integriti dan menolak amalan rasuah dalam pelaksanaan amanah dan tanggungjawab.
Melalui pelaksanaan program kesedaran dan pengukuhan nilai integriti, DBKK komited untuk memperkukuh budaya kerja yang beretika dan berakauntabiliti serta membina perkhidmatan yang telus dan berintegriti.
“Integriti dan akauntabiliti - tanggungjawab bersama”
Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
Foto: Renaldo Fernandez dan Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



