Berita: Pensijilan ISO211011: Bengkel Audit Dalam
10 JULAI 2024: Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan komuniti inap desa telah menyertai Bengkel Audit Dalam anjuran DBKK pada 09 dan 10 Julai 2024 lalu, di Pusat Pembelajaran Bandaraya Kota Kinabalu, Taman Kingfisher.
Antara komuniti inap desa yang turut serta adalah Komuniti Homestay Desa Cinta Kobuni, Homestay Id Kalangadan dan Homestay Darau Wetland. Penganjuran Bengkel ini adalah sebagai persediaan Pensijilan ISO 211011. Tahniah diucapkan kepada semua peserta bengkel.



