Berita: DISKAUN BAYARAN KOMPAUN SEHINGGA 75%! JOM BAYAR KOMPAUN ANDA PADA 02 FEBRUARI INI
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memberikan diskaun istimewa bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu yang bakal diraikan pada 02 Februari 2025 ini.
Orang ramai adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai menyaksikan majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak pada 02 Februari 2025, bermula 9.00 pagi di pekarangan Bangunan DBKK dan nikmati tawaran diskaun bayaran kompaun sebanyak 75%!
Pengunjung yang hadir ke majlis sambutan pada 02 Februari 2025 tersebut akan layak menerima tawaran diskaun sehingga 75% di 'booth' Kaunter Bayaran Kompaun yang disediakan di pekarangan Bangunan DBKK bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Manakala diskaun bayaran sebanyak 50% akan diberikan kepada orang awam yang membuat bayaran kompaun secara 'walk-in' di Kaunter Perkhidmatan, Tingkat Bawah, DBKK atau secara dalam talian melalui pautan eservices.dbkk.sabah.gov.my bermula 03 hingga 08 Februari 2025, pada waktu pejabat.
Program ini adalah tawaran pengurangan bayaran kompaun-kompaun DBKK bagi semua kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Peruntukan-peruntukan Tempat Letak Kereta Awam), (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014 dan Undang-undang Kecil (Jalan-jalan dan Tempat Awam) Bandaraya Kota Kinabalu 1966, Pindaan 2008 sahaja.
Jangan ketinggalan menikmati tawaran istimewa ini. Jom bayar tunggakan kompaun anda!
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



