Berita: DBKK LAKSANA TINDAKAN PEROBOHAN STRUKTUR HARAM DI KAWASAN RIZAB JALAN, KOLOMBONG
22 JANUARI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan tindakan perobohan ke atas struktur tambahan yang dibina secara tidak sah di kawasan rizab jalan, di Jalan Lintas, Kolombong pada 12 Januari 2026.
Sebelum perobohan dilaksanakan, Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK telah mengeluarkan tiga (3) notis kepada pemilik premis yang terlibat. Namun, pemilik didapati gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.
Operasi yang diadakan bermula 9 pagi hingga 2 petang ini, telah melibatkan kerjasama bersepadu pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity (SE) serta jabatan-jabatan DBKK, iaitu Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Landskap.
Kerja-kerja perobohan ini berjalan dengan lancar dan struktur yang dibina di atas kawasan rizab jalan telah berjaya dirobohkan dan dialihkan sepenuhnya. Satu laporan polis bagi tujuan rekod dan rujukan DBKK.
Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pembangunan atau pencerobohan yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kawasan rizab awam, demi menjaga keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



