Berita: Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen P.172 Kota Kinabalu
20 JULAI 2024: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah telah hadir merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen P.172 Kota Kinabalu di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, hari ini.
Antara pengisian menarik program ini adalah Sudut Maklumat Rakyat, Kaunter Saringan Kesihatan, Pameran Agensi, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak, Pertandingan Kaligrafi Cina, Taklimat JAPENKK dan DBKK serta Tayangan Khas Siaran Langsung Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Turut hadir adalah Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Puan Jainisah Mohd. Noor.



