Skip to main content

Berita: Tinjauan Mayor Ke Anjung Kinabalu, Keteraturan Dan Kebersihan Diberi Keutamaan

  • Anjung Kinabalu

    17 JULAI 2024: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, hari ini telah memulakan jadualnya dengan membuat tinjauan kebersihan dan keteraturan sekitar Anjung Kinabalu, seawal 7.00 pagi tadi.

    Tinjauan luar jangka Mayor itu telah menzahirkan penghargaan dalam kalangan para peniaga dan penjaja, seraya menyantuni masalah yang didepani mereka dan meninjau aspek-aspek infrastruktur pasar yang perlu ditambah baik dan diberi keutamaan tinggi oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    Struktur bangunan pasar juga telah diperiksa dan mengambil maklum akan kerosakan-kerosakan yang memerlukan pembaikan segera, di samping melihat kepada kemudahan pasar yang perlu ditambah nilai keindahan dan kebersihan.