Skip to main content

Berita: “Upcycle Wire Craft” Sempena Bengkel Citra Kasih 2024

  • Pusat Citra Kasih

     

    26 OGOS 2024: Hari ini telah berlangsung aktiviti “Upcycle Wire Craft” yang merupakan satu lagi pengisian menarik sempena Bengkel Citra Kasih 2024 anjuran Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    Seramai 15 orang dari komuniti setempat telah menyertai aktiviti bermanfaat ini yang diadakan secara percuma di Pusat Citra Kasih, Homestay Desa Cinta Kobuni. Ia bertujuan untuk mengasah kemahiran menghasilkan produk kraftangan berasaskan bahan kitar semula.

    Aktiviti yang bermula pada 10 pagi itu telah menyaksikan kejayaan peserta menghasilkan barangan perhiasan seperti subang, buah rantai dan cincin serta barangan rumah seperti bingkai gambar, lampu meja dan lain-lain.

    Hasil kraftangan seumpama ini akan menjadi produk dan tarikan utama Homestay Desa Cinta Kobuni khususnya kepada pelancong yang datang berkunjung dan ingin menimba pengalaman menghasilkan kraf buatan mereka sendiri. Ia juga menjadi salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan komuniti setempat.

    Bengkel Citra Kasih 2024 yang berlangsung bermula 14 Ogos hingga 01 September 2024 ini akan meneruskan komitmen untuk memboleh daya komuniti luar bandar dengan kemahiran yang menyokong pembangunan mampan dan kesejahteraan bersama.

    Untuk maklumat lanjut, warga Bandaraya Kota Kinabalu boleh menghubungi Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK di talian 012-3484761.