Skip to main content

Acara: SERLAHKAN BAKAT NYANYIAN ANDA DALAM PERTANDINGAN JUARA KUGIRAN 2025!

Lintasan Deasoka

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal menganjurkan Pertandingan Juara Kugiran 2025 bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan para penggiat seni muzik tempatan.

Pertandingan Akhir Juara Kugiran 2025 akan berlangsung pada 14 Februari 2025 (Jumaat) di Lintasan Deasoka, bermula pukul 7 malam hingga 11 malam. Manakala, peringkat saringan akan diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 08 Februari 2025 (Sabtu), bermula pukul 2 petang hingga 10 malam.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, bolehlah mengimbas Kod QR yang tertera untuk mengisi borang pendaftaran serta syarat-syarat pertandingan atau menekan pautan berikut https://docs.google.com/.../1B6z9hXKtxi9ASuQiREJl.../edit...

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 7 Februari 2025 (Jumaat), pukul 5 petang. 

Untuk maklumat lanjut hubungi urus setia penganjur melalui talian 016-8811663 (Puan Haslindah Ah) atau 012-8702386 (Encik Jefre).

Jom, daftar sekarang!

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari 

Pertandingan Juara Kugiran 2025
Attachment Size
Kugiran2025.jpg 255.6 KB