Skip to main content

Berita: KUNJUNGAN RINGKAS YB DATUK JONISTON BANGKUAI, PEMBANTU MENTERI KEPADA KETUA MENTERI MERANGKAP MENTERI BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DBKK

  • -

    22 JANUARI 2026: Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, atas pelantikan sebagai Menteri Bertanggungjawab kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    DBKK berbesar hati menerima kunjungan rasmi pertama YB Datuk Joniston Bangkuai ke DBKK pada hari ini. Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan DBKK ke arah tadbir urus yang lebih berkesan serta pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang mampan dan berdaya saing.

    Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK; Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); Puan Faradillah binti Hj. Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) serta beberapa Ketua-ketua Jabatan, DBKK.

    DBKK menzahirkan komitmen penuh untuk terus bekerjasama erat bersama YB Datuk Joniston Bangkuai dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan serta merealisasikan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang inklusif, progresif dan lestari.

    Liputan: Noorziana Zainih
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK