Skip to main content

Berita: OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU (OPB) TAPAK BINA DI JALAN BANJARAN, KEPAYAN

  • -

    22 JANUARI 2026: Satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB) tapak bina telah dijalankan di Tapak Bina Projek Cadangan Pembangunan Bangunan 16 Tingkat, yang terletak di kawasan Jalan Banjaran, Kepayan, Kota Kinabalu pada 21 Januari 2026.

    Objektif utama operasi ini adalah untuk memastikan pematuhan industri pembinaan terhadap keperluan perundangan serta peraturan berkaitan keselamatan, pengurusan tapak bina dan pembangunan bandar raya mampan.

    Operasi ini melibatkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK.

    Hasil daripada operasi ini, DBKK telah mengeluarkan dua (2) keping kompaun kepada pemaju serta notis untuk melaksanakan pembetulan dalam tempoh 14 hari yang diserahkan kepada pemaju dan konsultan.

    DBKK akan terus komited dalam memberikan kerjasama kepada agensi-agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan semua aktiviti pembinaan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu patuh kepada peraturan yang ditetapkan, demi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan kelestarian bersama.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK