Berita: LAWATAN MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU KE TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS
6 JULAI 2026: Pada 5 Julai 2026, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Botani Tun Fuad Stephens bagi melihat sendiri keadaan semasa kemudahan, infrastruktur serta aspek pengurusan taman. Lawatan tersebut turut diiringi oleh isteri beliau, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohd Soffi.
Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta urus setia, Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Antara lokasi yang dilawati ialah Pejabat Pentadbiran Jabatan Botani, DBKK, Plaza Komersial, Boardwalk, Trek Baharu, Taman Herba, Pusat Konservatori, Bamboo Corner, Ginger Walk, Play Park dan Bilik CCTV.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan DBKK dalam memastikan Taman Botani Tun Fuad Stephens terus diselenggara dengan baik demi keselesaan dan kegunaan bersama.
Sumber Info: Jabatan Botani, DBKK
Foto: Mohd. Asruddey Rusli dan Jabatan Botani, DBKK#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduand dan Perhubungan Awam, DBKK



